hye..korang sihat ? keychix ? keychix ALHAMDULILLAH sihat :D
hahh ! nak kongsi sikit tips ramadhan nie..kat sini keychix ade 10 tips ramadhan
nak tahu ? baca larhh :)
nak tahu ? baca larhh :)
⇨ menjaga LIDAH daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya.
⇨ memelihara MATA dan TELINGA daripada melihat dan mendengar parkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia.
⇨ mengawal PERUT daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka.
⇨ berusaha menjaga kesemua PANCAINDERA dan ANGGOTA TUBUH BADAN daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia.
sabda Rasulullah SAW : Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga. ( Riwayat an-Nasaei )
sabda Rasulullah SAW : Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang daripada kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka, hendaklah dia katakan kepada orang itu, " Saya sedang berpuasa ". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )
⇨ jangan membanyakkan TIDUR pada siang harinya dan makan pada malamnya.
⇨ kawal NAFSU ketika berbuka. Sebaikbaiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulanbulan yang lain. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas untuk taat kepada Allah SWT.
sabda Rasulullah SAW : takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka, berikanlah sepertiga ( bahagian perutnya ) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya. (Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi )
⇨ tidak menyibukkan diri dengan URUSAN DUNIAWI pada bulan Ramadhan dan mengambil kesempatan BERIBADAT kepada Allah SWT dan mengigati-Nya sebaik mungkin.
⇨ pratikkan AMALAN SUNAT seperti segera berbuka, berbuka dengan buah tamar atau jika tiada buah tamar memadailah dulu dengan segelas air serta melambatkan makan sahur. Nabi SAW berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat maghrib.
sabda Rasulullah SAW : Umatku sentiasa berada dalam keadaan baik ( berkat ) selama mana mereka mempercepatkan berbuka ( apabila masuk waktunya ) dan melambatkan sahur. (Riwayat Bukhari dan Muslim )
⇨ menyediakan makanan kepada orang yang BERPUASA sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
⇨ memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti SOLAT TERAWIH, WITIR dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment