setiap manusia mesti ada salah satu warna yg paling korang suka kan..hahh ! kat bawah nie ade sedikit maksudmaksud warna uh..tapi xsemua warna la
BIRU- jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. kamu sukakan ketenangan dan ketenteraman. kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan, kamu cenderung menyembunyikan perasaan daripada kawankawan sewaktu ada masalah.
UNGU- kamu adalah seorang yang sangat luar biasa ! sewaktu menghadapi masalah, kamu tidak pernah raguragu dengan apa yang kamu lakukan. kamu pandai mengikut perkembangan zaman dalam berpakaian. sikap kamu yang sedikit cerewet dalam persahabatan perlu diubah.
PUTIH- kamu adalah seorang yang ikhlas dan jujur. ramai orang disekeliling kamu yang mengagumi kamu kerana daya kreatif dan usaha kamu cukup tinggi. kamu juga tidak pernah angkuh dan mudah menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan kamu.
HIJAU- kamu tergolong sebagai orang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dan udara yang nyaman. kamu adalah seseorang yang selalu berpegang pada prinsip. dalam hal persahabatan pula, kamu lebih selesa untuk berkawan dengan orang yang penuh toleransi dan mudah dipercayai.
KUNING- kamu seorang yang berkeyakinan tinggi. kamu juga periang dan mudah bergaul serta tidak memiliki penampilan yang serabut. sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu. selain itu, kamu tidak suka memandang rendah atau melihat kepada kekurangan dan kelemahan orang lain.
MERAHJAMBU- jauh di satu sudut hati kamu, kamu seorang yang agak manja. kamu sukakan perhatian daripada orang sekeliling kamu. sikap kamu mudah mempercayai orang lain perlu di ubah. walaupun demikian, kamu amat disenangi kawankawan kerana sikap kamu yang cukup baik dan peramah.
HITAM- kamu sangat lincah dalam halhal tertentu. jika kamu berada dalam situasi yang tidak selesa, maka kamu akan menjadi murung. ramai orang yang mengagumi penampilan kamu yang menarik dan rapi. tidak hairanlah sekiranya kamu mempunyai bilangan sahabat yang ramai.
MERAH- kamu seseorang yang sangat berwibawa. kamu tidak mudah terikut dengan sebahagian kawankawan kamu yang bersikap negatif. selain itu, kamu juga sentiasa berpendirian teguh dan tegas. kamu perlu memberi sedikit ruang kepada kawankawan yang cuba berkawan dengan kamu.
okeyhh ! sikit je aku boleh bagi :D sorry tao
*semua tafsiran diatas ini hanyalah sekadar hiburan sematamata. jika ada manamana tafsiran yang sama, itu hanyalah kebetulan. korang tidak digalakkan untuk mempercayai tafsiran tersebut seratusperatus (;
0 comments:
Post a Comment